} -->

Isnin, 17 Disember 2007

:: Wallpaper ::

teknik grunge look

wallpaper nih disusun mengikut kesesuaian dengan penggunaan Thoosje 2.4. Dari segi design, teknik "grunge look" digunakan. Tambahan kata-kata adalah untuk memastikansetiap sesuatu itu membantu dalam mendekatkan diri anda kepada Allah S.W.T.


glow effect

wallpaper nih banyak meaplikasikan sifat cahaya. Dalam adobe photoshop hanya memerlukan kawalan "opacity" lapisan gambar dan kawalan kesan lapisan menggunakan "outer-glow".Dari segi lakaran, menggunakan alat "pen tool". Logo yang di letakkan adalah logo ESAN STUDIO.


memotong suaikan gambar dengan sesuatu latar belakang tanpa mengubah gambar asal m boleh dilakukan menggunakan teknik topeng lapisan dan alat berus. Gambar-gambar dipotong dalam masa yang singkat dengan mengunakan alat yang telah disediakn dalam aplikasi Photoshop yang terkini iaitu CS3.Kertas dinding jenis ini dapat mengeratkan hubungan seseorang dengan insan yang susah ditemui.

reka bentuk antaramuka mana website sekarang amat menarik dan mengancam para penyinggah dan pengguna. Biasanya alat "log in" pengguna direka berkonsepkan besi berkilat-gelap. Photoshop menyediakan alat "dodge" & "burn". "Dogde" untuk mencerahkan sesuatu bahagian manakala "burn" untuk mengelapkan atau menampakkan sesuatu bahagian itu bengkok atau lekuk.


Paparan tiga gambar yang berkonsepkan LCD itu menggunakan alat "free transformation". Alat tersebut terdiri daripada "warp","perspective","skew".


Tiada ulasan: